Selamat Datang di Budak Conan

Nak Datang #FBP2015? Tahu ke korang nak park or lalu kat mane? Jom riki2..

Thursday 21 May 20150 comments

Festival Belia Putrajaya 2015 telah membuka tirainya malam ini dengan program "Malam Indahnya Bermunajat" yang berlangsung di Pentas Utama @ Dataran Gemilang, Presint 4. Esok 22 Mei 2015 akan berlangsung secara rasmi Festival Belia yang akan berlangsung selama 3 Hari berakhir pada 24 Mei 2015.

Pelbagai acara menarik yang akan mengisi Festival yang akan berlangsung sepanjang 3 hari ini. Namun, kelainan pada tahun ini adalah lokasinya agak berbeza ketika penganjuran sebelum ini. Jika sebelum ini, lokasi penganjuran lebih tertumpu diantara Bangunan MOF hingga ke menara KBS namun pada tahun ini,semua acara hampir tertumpu di Dataran Gemilang, Presint 4.

Sehubungan itu, pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya laluan manakan yang terbaik untuk menuju ke Festival ini. Ada yang datang menaiki Bas, ada yang menggunakan kemudahan awam lain seperti tren dan juga berkereta untuk hadir bersama memeriahkan Festival Belia ini. Poster dibawah cukup baik untuk dijadikan rujukan dan panduan untuk anda yang akan datang ke Festival Belia Putrajaya 2015.

Bagi yang berkereta, kenalpasti lokasi parkir kereta anda di tempat yang telah disediakan bagi membolehkan anda menggunakan perkhidmatan shuttle yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Tren, perkhidmatan shuttle juga turut disediakan. Justeru,rancanganlah perjalanan anda agar semuanya lancar dan enjoy! #fbp2015


Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger