Selamat Datang di Budak Conan

Blogger Sex Akhirnya Dibebaskan

Friday 26 July 20130 comments



Selepas lapan hari meringkuk di penjara, pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibebaskan dengan jaminan setelah Mahkamah Tinggi di sini membenarkan semakan kehakiman mereka berhubung isu jaminan.

Hakim Datuk Azman Husin membenarkan semakan selepas meneliti nota prosiding Mahkamah Sesyen dan mendengar hujahan kedua-dua pihak yang terlibat dalam permohonan berkenaan.

Beliau membuat keputusan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 35 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman.

Beliau bagaimanapun mengekalkan perintah Hakim Mahkamah Sesyen, Murtazadi Amran agar ketiga-tiga pertuduhan terhadap mereka dibicarakan bersama kerana membabitkan saksi-saksi yang sama.

Selain menetapkan jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin setiap seorang, Hakim Azman turut mengenakan empat syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Pasangan itu juga dilarang memuat naik sebarang artikel, gambar lucah atau provokatif serta apa-apa tulisan dan komen di dalam internet yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum atau yang boleh menyebabkan permusuhan.

Alvin dan Vivian turut ditegah menggunakan peranti komunikasi seperti telefon pintar atau sebarang gajet yang membolehkan mereka mengakses internet dan memuat naik perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Selain itu, mereka juga diperintah melapor diri di balai polis berdekatan pada 1 haribulan setiap bulan.

- UTUSAN
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger