Selamat Datang di Budak Conan

Kekal Kos Haji, Bukti Kerajaan #BN Prihatin

Saturday, 1 March 20140 comments


Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ada khabar-khabar mengatakan bahawa Kos Haji akan naik berikutan kos-kos yang semakin meningkat. Peningkatan kos ini disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.

Namun,hari ini Kerajaan #BN sekali lagi membuktikan Keprihatinan kepada RAKYAT dengan mengekalkan k yang perlu ditanggung oleh Jemaah Haji Malaysia. Pengumuman telah dibuat sebentar tadi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kos haji kekal RM9,980
JERAI 1 Mac - Kos menunaikan ibadat haji tahun ini kekal sebanyak RM9,980 walaupun kos sebenar mengalami kenaikan daripada RM15,575 tahun lalu kepada RM16,115 tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kos tersebut dikekalkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada jemaah haji negara ini. - UTUSAN ONLINE

Dengan pengekalan kos nie, Jemaah Haji Malaysia hanya perlu membayar RM9,980 berbanding kos sebenar sebanyak RM16,115 yang telah naik pada tahun ini berbanding kos sebenar tahun lalu iaitu RM15,575.

Oleh itu, Kerajaan telah menambah subsidi Haji sebanyak RM540 bagi seorang Jemaah menjadikan JUMLAH KESELURUHAN SUBSIDI HAJI yang ditanggung oleh Kerajaan untuk Rakyat yang akan menunaikan Haji meningkat kepada RM6,135 berbanding sebelum ini sebanyak RM5,595

Keprihatinan Kerajaan #BN hari nie membuatkan bakal Jemaah Haji berasa lega dan bersyukur kerana masih perlu membayar kos yang sama berbanding sebelum ini. BC difahamkan Malaysia antara negara yang memberikan subsidi kepada rakyatnya untuk menunaikan Ibadah Haji. Itu pun ada yang mengatakan Kerajaan kita kejam.. Adakah?? 

Kepada Para Jemaah Haji yang akan menunaikan Haji pada tahun ini, BC doakan selamat menjalankan ibadah Haji dan semoga memperolehi Haji Mabrur.. InsyaAllah..


Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger