Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada BN dibawah kepimpinan YAB PM kerana menunaikan janji. Janji-janji ketika PRU13 baru-baru ini dilihat telah dan sedang dilaksanakan secara beransur-ansur terutama BR1M.
"Janji Ditepati" adalah slogan yang tepat untuk kita gambarkan dan sinonim dengan BN. Namun ada puak2 yang dilihat tidak senang duduk apabila kerajaan BN semakin hari semakin banyak menunaikan janji-janji di dalam Aku Janji BN kepada rakyat.
Antara dakyah puak pembangkang yang 'spin' pasal BR1M adalah King Jason.
Simple dan mudah permainan puak pembangkang untuk menipu rakyat. Dengan menggunakan fakta sebenar kemudian, di 'spin' sikit sana sini dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa KERAJAAN TIPU RAKYAT... Subhanallah!!
Ini adalah contoh2 bagaimana puak2 pembangkang menggunakan dakyah mereka untuk menanam rasa benci kepada kerajaan dengan mendakwa kerajaan menipu rakyat walhal hakikatnya mereka yang menipu dan memperdaya rakyat. Permainan keji dan jijik puak pakatan nie adalah biasa bagi mereka demi agenda-agenda jahat mereka. Cara dan bagaimana mereka melakukan tidak penting, yang pasti matlamat jahat mereka tercapai.
Bayangkan berapa ramai yang tertipu.. Mereka-mereka yang "like" dan "share" ditipu bulat-bulat. BC nk nasihatkan, kaji dan buatlah pembacaan lagi sebelum buat kesimpulan atau share sesuatu.. Jangan mudah percaya sangat puak2 macam nie..
BC nk bawa imbasan kembali rakaman video YAB PM tentang BR1M semasa memperkenalkan Manifesto / Aku Janji BN kepada Rakyat sebelum PRU13..
Ade ke PM kate nak naikkan terus kepada RM1,200 sebagaimana puak2 pakatan tuduh dan fitnah?? Korang pikir la sendiri..
Malah, hari ini PM sendiri menyatakan komitmen kerajaan untuk memberikan BR1M sebanyak RM1,200 dalam tempoh lima tahun dan ianya adalah Janji Ditepati yang akan dilaksanakan oleh BN.
Dengan apa yang Kerajaan dok laksanakan sehingga ke hari ini,
ADAKAH KERAJAAN BN HARI INI KEJAM???
ADAKAH KERAJAAN BN HARI INI PENIPU???
ADAKAH KERAJAAN BN HARI INI ZALIM???
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.