Selamat Datang di Budak Conan

Unit Malaysia Airports Bentuk Syarikat Usaha Sama Dengan Atoz Hospitality

Tuesday 1 January 20130 comments



KUALA LUMPUR -- Unit milik penuh Malaysia Airports Holdings Bhd, KL Airport Hotel Sdn Bhd dan Atoz Hospitality Services Sdn Bhd telah membentuk syarikat usaha sama untuk mengendalikan dan menguruskan jenama hotel lapangan terbang baharu, Sama-Sama Hospitality Group.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Malaysia Airports berkata Sama-Sama Hospitality Group akan mempunyai dua jenama kecil, Sama-Sama Hotel dan Sama-Sama Express.

"Modal kerja awal syarikat usaha sama itu dianggarkan sebanyak RM500,000, dan akan dibiayai menerusi modal saham, pinjaman pemegang saham dan pinjaman luar," kata Malaysia Airports.

Modal diluluskan adalah RM100,000, dengan KL Airport Hotel memegang 51 peratus kepentingan dan Atoz 49 peratus.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger