Selamat Datang di Budak Conan

Lampard Ragu Tentang Masa Depan

Tuesday 1 January 20130 comments



LONDON -- Pemain tengah padang itu yang bakal menamatkan kontrak pada musim panas, telah menonjolkan kemampuan diri kepada pasukan Blues dalam kemenangan 2-1 di Everton.

Disoalkan jika beliau tahu apa akan terjadi pada tahun akan datang nanti, Lampard memberitahu Sky Sports 1: "Tidak, saya masih mengharapkan untuk bermain di sini.

"Saya akan selalu berjuang untuk memberikan yang terbaik seperti apa yang dilakukan selama ini.
"Saya tahu bahawa terdapat beberapa spekulasi tetapi saya telah menikmati perlawanan itu."

Everton berjaya mendahului dengan jaringan gol oleh Steven Piernaar dan telah memberikan beberapa percubaan yang melantun ke tiang gawang.

Lampard mengakui bahawa pasukan lawan telah melalui cabaran untuk menang namun tetap menyatakan bahawa mereka berhak mendapat kemenangan itu.

Beliau menambahkan: "Kami telah berusaha sedaya upaya sepanjang perlawanan walaupun agak terkial-kial pada wal perlawanan. Saya berpendapat bahawa kami telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tuah jadi kami berhak menang kerana itu.

"Saya amat gembira kerana dapat memberikan sumbangan sebegini kepada kelab tetapi persembahan kami sebagai satu pasukan patut menerima lebih kredit." pengurus Chelsea Rafael Benitez berkata.
Beliau masih belum memberikan sebarang kenyataan tentang masa depan Lampard.

"Saya amat gembira dengan prestasi pasukan dan juga berterima kasih kepada Frank yang telah menjaringkan gol," pengurus Sepanyol itu berkata.

"Frank masih di bawah kontrak di kelab dan sedang bermain dengan baik. Tugas saya adalah untuk mengekalkan kecergasan beliau sahaja."

SUMBER
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger