Selamat Datang di Budak Conan

Sentoria, Seriemas Bangunkan Bandar Resort Bersepadu RM1.8 Bilion Di Morib

Tuesday, 1 January 20130 comments

Taman Tema Pertama Oleh Sentoria 

KUALA LUMPUR -- Sentoria Group Bhd menandatangani dua perjanjian dengan Seriemas Development Sdn Bhd untuk membangunkan bandar resort bersepadu seluas 143 hektar bernilai RM1.8 bilion di Morib, Selangor.

Perjanjian itu akan meliputi pembangunan sebuah resort serta harta komersial dan kediaman, kata Sentoria dalam satu kenyataan.

Daripada keseluruhan keluasan tanah itu, 61 hektar akan dimajukan sebagai sebuah resort taman tema bersepadu manakala 87 hektar lagi akan dimajukan sebagai pembangunan bercampur unit-unit komersial dan kediaman.

Projek pembangunan harta bercampur itu dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.6 bilion dan akan dilaksanakan dalam tempoh lapan tahun.

Ketua Perhubungan Awam dan Pelabur Sentoria, Nasiruddin Nasrun, berkata: "Memandangkan jumlah penduduk yang besar di sekitar kawasan ini, serta kemudahan perjalanan ke situ melalui darat dan udara, kami percaya usaha niaga ini akan meningkatkan pelancongan ke Morib secara besar-besaran, selain menambah nilai pembangunan tanah itu."

Resort bersepadu itu disasarkan siap dalam masa lima tahun.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger