Selamat Datang di Budak Conan

#FBP2015 : Apabila Gadis-Gadis ASEAN Naik Pentas Menggamit Mata Pengunjung

Sunday 24 May 20150 comments

Pentas Pavilion Majlis Belia Malaysia pagi tadi digamitkan dengan persembahan "Colours of ASEAN" dengan menampilkan persembahan kebudayaan dari belia-belia negara ASEAN. Pentas ini tidak pernah pudar dari persembahan yang sentiasa membuatkan pengunjung enggan berganjak dari Pavilion ini.

Persembahan bermula pada jam 10.30 Pagi tadi dengan pembukaannya bermula dengan persembahan dari peserta Malaysia International Youth Exchange (MIYE) diikuiti dengan persembahan oleh pemenang pertandingan Cerita Rakyat ASEAN.

Antara negara yang mengambil bahagian adalah Brunei yang menampilkan persembahan Darul'salam, pasukan Kemboja dengan "Celebration of the Year", Maynmar yang membawakan "The Thageyanmoe", Negara Thailand mempersebahkan Muay Thai serta Belia Vietnam pula menggear pentas dengan tarian "Welcome To Vietnam"

Persembahan dari negara ASEAN ini diselitkan dengan persembahan cerita rakyat ASEAN dan Choral Speaking bagi memberikan satu variasi kepada pengunjung. Kelihatan pasukan yang memberikan persembahan sempat bergaul antara satu sama lain yang menunjukkan keakraban komuniti ASEAN diperingkat belia. 

BC difahamkan oleh pihak penganjur bahawa peserta persembahan terdiri daripada MIYE, pihak kedutaan serta persatuan belia. BC harapkan pentas ini terus digunakan untuk kita perkukuhkan komuniti ASEAN yang telah sedia terjalin demi manfaat bersama apatah lagi Malaysia sekarang bertindak selaku Pengerusi ASEAN.








Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger