Selamat Datang di Budak Conan

Korang Tercari-cari Cenderamata #FBP2015 ??

Friday 22 May 20150 comments

Festival Belia Putrajaya yang diadakan setahun sekali ini, tak sah kalu korang tak bawak balik cenderamata sebagai kenang-kenangan. Nak beli tapi kat mane? Karnival nie besar tapi tak tahu nak cari kat mane? Meh BC share lokasi kat mane Booth yang jual cenderamata Festival Belia Putrajaya 2015. 

Barangan cenderamata Festival Belia Putrajaya nie korang boleh dapatkan di Chillex Zone @ Zon Utara. Booth tu betul-betul depan pentas Chillex Zone. Macam-macam barangan cenderamata boleh didapati kat sini antaranya mug, pen, topi baju dan payung. Harga-harga pun boleh tahan murah! Korang boleh datang tengok sendiri.. Datuk Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah JBSN pun dah singgah tau! 

Selain jualan cenderamata, pentas Chillex Zone betul-betul berhadapan dengan booth jualan nie tidak putus-putus menyajikan para pengunjung dengan pelbagai persembahan menarik. Korang pun boleh jugak mengambil gambar di probe yang telah disediakan dihadapan pentas. Kalau penat berjalan, perkhidmatan mengurut untuk lelaki dan wanita turut disediakan ditengah-tengah Khemah Chillex Zone.

Apa-ape pun, jangan lepaskan peluang korang utk memiliki cenderamata kat sini. Dengar cerita stok terhad! siapa cepat dia dapat.. Selamat berkunjung ke Festival Belia Putrajaya! (^_^)







Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger