Selamat Datang di Budak Conan

PANAS! Food Valley #FBP2015 Diserbu Pejabat Kesihatan!

Friday 22 May 20150 comments

Ditengah kesibukan pengunjung Festival Belia berurusan untuk membeli makanan, dengan tidak semana-mena semua mata memandang ke beberapa kiosk yang terdapat di Food Valley @ Zon Barat yang dikelilingi gadis yang memakai jaket "Kesihatan".

Ingatkan ade kecoh ape! Rupanya, sepasukan penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Putrajaya datang melakukan pemeriksaan secara rawak ke gerai-gerai makanan yang terdapat di Food Valley.

Menurut wakil dari Pejabat Kesihatan, pemeriksaan dilakukan bagi memastikan setiap pengerai mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Pemeriksaan ini dilakukan demi kepentingan pengunjung bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.

Aspek kebersihan gerai juga turut dititikberatkan agak makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pengunjung selamat dan bersih. Semasa pemeriksaan dilakukan tadi, semuanya dalam keadaan baik. Semoga pihak pengerai dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung. 





Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger