Selamat Datang di Budak Conan

Ambik Gambar kat #FBP2015 pun boleh dapat duit ke? Biar Betui!!!

Saturday 23 May 20150 comments


Bagi anak-anak muda yang memang berminat dalam dunia fotografi, anda kini berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan sempena Festival Belia Putrajaya 2015. Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menampilkan kelainan dengan menganjurkan satu pertandingan fotografi yang berbentuk ala ala Treasure Hunt.

Pertandingan fotografi ini adalah MBM Photo Endurance 2015 yang mengunakan konsep yang cukup menarik apabila peserta bukan sahaja perlu mengambil gambar sepanjang program ini berlangsung tetapi beberapa soalan atau teka teki yang disediakan oleh penganjur kepada para peserta untuk dirungkai dengan jawapan berbentuk gambar. Konsep penganjuran program ini dilihat selaras dengan tema #FBP2015 iaitu "Talent Showcase" apabila belia-belia dapat mengetengahkan bakat mereka dalam dunia fotografi.

Pertandingan ini telah bermula secara rasmi pagi tadi yang disempurnakan oleh Sdr Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). MBM Photo Endurance bermula pada jam 10.00 Pagi dan akan berakhir pada jam 2.00 petang keesokan harinya (24 Mei).

Menurut Penyelaras Program, Sdr Wan Mohd Husni bin Hj Abdullah berkata setakat jam 10.15 pagi tadi, sebanyak 70 pasukan telah mendaftar dan angka ini telah melepasi sasaran awal pihak penganjur yang menjangkakan hanya 50 pasukan yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Beliau turut memberitahu bahawa tiada yuran dikenakan bagi yang ingin menyertai pertandingan. ini.



Sdr Wan Mohd Husni yang juga merupakan EXCO MBM memaklumkan bahawa setiap pasukan harus mempunyai ahli antara 2 hingga 4 orang. Sebanyak 40 soalan disediakan kepada para peserta sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000 menanti sang juara manakala tempat kedua, wang tunai berjumlah RM6,000 disediakan dan sebanyak RM3,000 bagi tempat ketiga. Tidak ketinggalan sebanyak 30 hadiah saguhati turut disediakan. Ayuh para belia! bagi yang ingin sertai, kaunter pendaftaran dan urusetia pertandingan berada di hadapan pentas Pavilion Chillex Zone. Kepada para peserta, BC ucapkan GOOD LUCK! Shoot cantek2 ya! 



Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger