Selamat Datang di Budak Conan

Oh #FBP 2015 : DS Ismail Sabri, Datuk M. Saravanan, Kambing & Teh Ais di Pavilion Agropreneur 4 Youth

Saturday 23 May 20150 comments

Festival Belia Putrajaya 2015 telah memasuki hari yang kedua sejak ia mula berlangsung secara rasmi semalam. Anak muda dilihat mula membanjiri tapak, pavilion dan booth yang telah disediakan sepanjang festival ini berlangsung yang berpusat di Dataran Gemilang buat pertama kali sejak ianya dianjurkan.

BC sempat menjengah Pavilion Agropreneur 4 Youth yang dikelolakan oleh Unit Agropreneur Muda, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di Zon Utara. Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi menyambut pengunjung yang hadir antaranya Petting Zoo, Street Feast, Jualan Agro Bazar, Persembahan Artis dan Graffiti.

Pengunjung pada sebelah tengah hari tadi dikejutkan dengan kehadiran YB Dato' Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta YB Datuk M Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Turut kelihatan Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Menteri Belia dan Sukan serta Dato' Mohd Arif bin Ab Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Walkabout VIP bermula dengan gimik memotong bunga pada replika berupa Menara Berkembar Petronas yang didirikan menggunakan nenas. Mereka juga sempat menurunkan tandatangan pada Wall of Fame sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kambing terhensem. BC difahamkan kambing juara nie suka minum teh ais! OMG!!!!  First time dengar! Kepada mereka yang ingin melihat keunikan dan aktiviti menarik lain, boleh la berkunjung ke Pavilion Agropreneur 4 Youth bertempat di Zon Utara.








Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger