Selamat Datang di Budak Conan

Hard Rock Cafe Di Putrajaya? Ape Aseh Che Mat dah buat?

Sunday 5 January 20141comments


Semalam rakyat Putrajaya digemparkan dengan pengumuman oleh Tan Sri Aseh Che Mat selaku Presiden Perbadanan Putrajaya tentang pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya. Difahamkan HRC nie yang terkenal dengan imej kelab malam dan pusat hiburan akan dibuka di Menara Ikhlas, Presint 3.

PUTRAJAYA 4 Jan. - Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka. 
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini. 
"Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson," katanya di sini hari ini. 
Dalam perkembangan berkaitan, Aseh yakin dengan adanya Hard Rock Cafe berkenaan, ia mampu menjadi tarikan baharu bagi Putrajaya. - UTUSAN

Sebaik pengumuman dibuat Oleh Presiden PPJ, bantahan rakyat yang sayangkan sejarah penubuhan Putrajaya atas dasar Pusat Pentadbiran Islam yang diasaskan oleh Tun M akan tercemar dek kerana imej yang dibawa yang sinonim dengan Kelab Malam dan pusat hiburan.

Sebuah laman facebook dibuka bagi menyatakan bantahan rakyat yang tidak bersetuju dengan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya. Kalau korang tak bersetuju, boleh join la.. 

https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909

Kita tak halang Hard Rock Cafe dibuka tapi agak tidak sesuai di Putrajaya. Umum mengetahui Hard Rock Cafe adalah satu jenama yang besar di seluruh dunia namun imejnya yang lebih sinonim dengan kelab malam dan pusat hiburan tidak searus dan senada dengan kemegahan Putrajaya ini.

BC Difahamkan Wakil Rakyat Putrajaya tidak dimaklumkan tentang perkara ini, kita harap Ahli Parlimen Putrajaya dapat menyelamatkan imej Putrajaya dari tercemar. Ape2 pun, rakyat mengharap Putrajaya tidak dicemari apatah lagi 95% penduduk Putrajaya adalah kakitangan awam merupakan melayu islam. 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
5 January 2014 at 09:09

suruh hard rock tu buat kat hotel pullman jer lah..bukan ramai sgt pun pelancong nak masuk hard rock tu...jangan rosak kan org2 melayu putrajaya...

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger