Selamat Datang di Budak Conan

Hard Rock Cafe : Tan Sri Aseh Keluar Kenyataan Rasmi Pada Hari Cuti

Sunday 5 January 20141comments

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Perbadanan Putrajaya hari ini walaupun hakikatnya kita tahu bahawa Ahad merupakan cuti hujung minggu. Lantaran dari kritikan dan bantahan ramai pihak, Tan Sri Aseh dilihat terpaksa mengeluarkan kenyataan segera walaupun pada hari cuti.


Walaubagaimanapun kenyataan rasmi ini jelas bertentangan dengan laporan media sebelum ini yang mana Hard Rock Cafe ini akan dibuka SECEPAT MUNGKIN iaitu antara tempoh TIGA HINGGA EMPAT BULAN. Psssttttttt.. Kalu masih peringkat kajian "AWAL", takkan dah umum??

PUTRAJAYA 4 Jan. – Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.

“Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson,” katanya di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Aseh yakin dengan adanya Hard Rock Cafe berkenaan, ia mampu menjadi tarikan baharu bagi Putrajaya. – UTUSAN
Hairannya, sedangkan pelabur masih belum pun mengemukakan permohonan rasmi kepada PPJ namun Mr Presiden dah pun umum akan dibuka sblm ini?? Lebih menghairankan ianya diumum akan dibuka secepat mungkin pula. Sungguh hebat layanan diterima oleh pelabur ini.. hahaha

Ape2 pun pembinaan Hard Rock Cafe di Putrajaya sangat tidak sesuai demi menjaga imej Putrajaya. Dengar lah keluhan hati rakyat ~~



Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
6 January 2014 at 10:18

TAN SRI DAH TERIMA/MAKAN KOMISYEN DAH KOT? ITU YANG TERGESA-GESA SANGAT TU?
INI BUKAN TUDUHAN... INI ADALAH RUNGUTAN SUPAYA SIASATAN DILAKUKAN - MAHPOZ OMAR

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger