Selamat Datang di Budak Conan

Nurul Izzah Disaman!

Friday 19 July 20130 comments


Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR disaman oleh Datuk Raja Nong Chik, bekas Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang juga merupakan calon lawan beliau ketika PRU13 baru-baru nie.

Nurul Izzah disaman bersama Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini, Lu Wei Hoong, sebagai defendan.

Menurut akhbar Berita Harian, mereka disaman atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara. 

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik mendakwa anak Anwar Ibrahim itu mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, sehari sebelum hari pengundian pada PRU13.

Itulah.. Kerana Mulut, badan binasa.. Kalau terbukti benar Nurul Izzah & the gang tabur fitnah semata-mata nak menang kerusi Parlimen Lembah Pantai, mereka harus menerima hukuman malah kemenangan Izzah dianggap keji sekiranya dia menang dengan menfitnah. Pilihanraya Lembah Pantai kena buat balik la.. Be Fair & Square.. Biar menang dengan Gentleman.


Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger