Selamat Datang di Budak Conan

Kejutan Abby Di #kualabesut , Lebai PAS Kempunan

Friday 19 July 20130 comments


Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.  - SINAR HARIAN

ULASAN BC:-

BC ucapkan tahniah ler buat Abby Abadi kerana sudah selamat bernikah. BC pun belum bernikah lagi. Itu kejutan yang dibawa oleh Abby Abadi. Yang pasti, ada dari kalangan pemimpin PAS yang keciwa dengan berita ini. 

BTW, BC dengar cerita PAS nak bawak UIA menjelang hari mengundi nanti, tak tahu lah ape kejutan yang akan dibawa oleh dia plak kan. maklum la.. ade lagi SATU quota kosong.. hahaha

Ape2 pun buat Abby Abadi, selamat menjalani alam rumah tangga buat kali kedua. 

Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger