Setelah sekian lama, cuba bermain politik dengan cuba menyalahkan kerajaan dan pemimpin BN/Umno Anwar akhirnya mengaku pernah mengadakan perjumpaan bersama dengan bekas pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari pada tahun lalu. Sebelum ini agensi berita antarabangsa Reuters dan media-media Filipina mendedahkan, berkenaan maklumat yang diperolehi dari sumber risikan tentera negara itu mengenai penglibatan pembangkang di Malaysia berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.
Ekoran pendedahan tersebut dia telah di desak agar memberikan kenyataan namun segera dinafikan olehnya sambil mengatakan ia merupakan sandiwara dan permainan politik kerajaan.
Namun apabila gambar pertemuan tersebut disebarkan dengan secara meluas di media-media sosial, dia akhirnya terpaksa mengakuinya pernah mengadakan perjumpaan tersebut. Pengakuan tersebut di buat di hadapan hampir 1,500 orang pengikutnya ketika menyampaikan ceramah di padang awam, Kampung Tasik Tambahan Ampang semalam.
Yang menjadi persoalannya ialah, Anwar enggan memberikan penjelasan lanjut berhubung perjumpaan tersebut dan hanya mengatakan ia adalah merupakan perjumpaan biasa. Dia turut mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Misuari atas kapasitinya sebagai bekas gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM).
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.