Selamat Datang di Budak Conan

United Mula Tahun Baru Dengan Bergaya

Wednesday 2 January 20130 comments




Walaupun Javier Hernandez berjaya menjaringkan dua gol juga, Van Persie yang muncul sebagai pemain terbaik dalam perlawanan.

Jaringan gol ke 18 beliau merupakan antara percubaan yang terbaik setelah melepasi Ivan Ramis dan merembat masuk bola dengan kaki kanan, kaki lemah beliau.

Gol kedua Van Persie merupakan gol kelapan dalam lapan perlawanan dan beliau kini mempunyai rekod yang lebih baik dari Eric Cantona yaitu lapan dalam sebelas perlawanan pada tahun 1996 di mana United meraih kejuaraan.

Sir Alex Ferguson telah membandingkan Van Persie kepada Cantona dari aspek beliau mempengaruhi pasukan.

Javier Hernandez telah dikembalikan ke skuad utama setelah direhatkan dan menjaringkan dua gol bersama dengan Van Persie untuk memberi United kemenangan pertama pada tahun baru ini.

Hernandez bertindak dahulu pada minit ke 11 apabila berjaya memecut lepas benteng pertahanan pasukan tuan rumah sebelum merembat bola masuk, tetapi pengadil tidak membenarkan gol akibat ofsaid.

Percubaan pertama Wigan adalah apabila Jean Beausejour mengawal bola pada minit ke 20 tetapi percubaan beliau melambung tinggi.

Tendangan percuma Van Persie kemudian mengocar-kacirkan kotak penalti Wigan apabila penjaga gol Ali Al Habsi membuat kesilapan tetapi percubaan Tom Cleverly dihalang Ivan Ramis.

United akhirnya membuka tirai pada minit ke 35 apabila Al Habsi hanya mampu memesong keluar rembatan kencang Patrice Evra dan Hernandez menyepak masuk gol pembukaan dengan senang.

Van Persie menjaringkan gol ke 18 beliau dalam liga musim ini apabila Hernandez merampas bola dan memberi hantaran tepat yang disepak masuk penyerang antarabangsa Belanda itu.

United meneruskan rentak serangan yang baik selepas masa rehat dan terus menguasai kawalan bola.

Wigan cuba balas dengan percubaan Arouna Kone yang menyepak masuk hantaran Franco di Santo tetapi pengadil tidak membenarkan gol akibat ofsaid.

Hernandez menjaringkan gol ketiga United pada minit ke 63 apabila menyepak masuk tendangan percuma Van Persie.

Chris Smalling kemudian bernasib baik tidak dibuang padang apabila mengasari Kone sementara tendangan percuma Jordi Gomez tersasar.

United menjaringkan gol terakhir pada minit ke 88 apabila Danny Welbeck memecut lepas benteng pertahanan Wigan dan memberinya hantaran cantik yang disepak masuk dengan senang.

- SGB
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger