Selamat Datang di Budak Conan

Hanya Presiden Dan Setiausaha Kehormat FAM Boleh Keluar Kenyataan

Tuesday 1 January 20130 comments



SHAH ALAM -- Hanya Presiden dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung desakan gabungan penyokong bola sepak tempatan yang mahu badan induk bola sepak itu dirombak, kata Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Saya tidak boleh memberi sebarang komen berhubung isu tersebut. Hanya orang yang bertauliah yang boleh memberi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2013 di Stadium Shah Alam di sini Isnin.

Jumaat lepas, satu gerakan gabungan penyokong bola sepak tempatan (PFSLJ) menggesa agar rombakan besar-besaran dilakukan terhadap pengurusan tertinggi FAM yang dikatakan tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lepas.

Mengenai perlawanan Piala Sumbangsih pada Sabtu ini, Hamidin berkata saingan yang dijangka sengit antara juara Piala Malaysia 2012, Kelantan dan naib juara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bermula pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

Tiket berharga RM20 bagi penonton berumur 12 tahun ke atas akan mula dijual pada Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 7 malam di stadium tersebut dan pada hari perlawanan dari 9 pagi.

-- BERNAMA

Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger