Selamat Datang di Budak Conan

SESB Akan Kurangkan Caj Sambungan Pengguna Bagi Permohonan Bekalan Baharu Sehingga 50 Peratus

Sunday 30 December 20120 comments



KOTA KINABALU -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Sabtu mengumumkan mulai 1 Jan, 2013, caj sambungan pengguna bagi permohonan bekalan baru untuk Kategori 3 akan dikurangkan sehingga 50 peratus bagi pengguna yang layak.

Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah telah mengkaji semula dan dan meluluskan pengurangan itu, kata Pengarah Urusan SESB, Ir Abd Razak Sallim dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pengurangan ini hanya akan melibatkan penyambungan elektrik voltan rendah iaitu penggunaan elektrik di bawah 1kV dan kehendak maksima di bawah 50kVA sahaja.

"Prinsip caj sambungan pengguna sedia ada telahpun diguna pakai sejak tahun 1974 dan dengan perlaksanaan prinsip pengiraan caj yang baru kelak, ia akan dapat memberikan kelebihan kepada pengguna domestik yang ingin mendapatkan bekalan elektrik," katanya.

Abd Razak berkata prinsip baru kiraan ini berbeza mengikut kategori pengguna dan ia berdasarkan kepada skop pembekalan elektrik.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger