Selamat Datang di Budak Conan

Kerajaan Negeri Belanja RM4 Juta Naik Taraf Lampu Stadium

Monday, 31 December 20120 comments



KUALA TERENGGANU -- Kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan belanja RM4 juta menaik taraf lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dalam masa terdekat ini bagi membolehkan aksi perlawanan bola sepak Liga Malaysia ditonton pada sebelah malam.

Bagaimanapun dalam tempoh tiga bulan yang akan datang perlawanan masih lagi perlu dijalankan pada sebelah petang semasa kerja membaiki lampu di stadium itu dibuat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata peruntukan berkenaan digunakan bagi menaik taraf lampu limpah termasuk menggantikan keempat-empat tiang lampu penjuru padang supaya pencahayaan lampu dapat memenuhi piawaian yang digariskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Kontraktor memerlukan masa tiga bulan untuk menyiapkan kerja membaik pulih lampu di stadium itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan pramusim Liga Malaysia di antara pasukan Terengganu dengan T-Team di SSINS Ahad malam.

Ahmad berkata mengikut kerja pengubahsuaian itu, kuasa lampu di stadium akan ditingkatkan daripada 1000 lux kepada 1400 lux manakala tiang yang ada sekarang diganti untuk menampung lebih banyak lampu.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger