Selamat Datang di Budak Conan

AEON Shah Alam Bakal Dibuka

Monday 31 December 20120 comments



KUALA LUMPUR -- Gedung baharu Aeon Co (M) Bhd di atas sebidang tanah yang baru dibeli di Bandar Shah Alam, Selangor, akan mempertingkat perniagaan runcitnya pada masa akan datang.

Dalam satu nota penyelidikan Isnin, Kenanga Research berkata pembiayaan pembelian tanah sebanyak RM90 juta yang akan dibiayai melalui dana dalaman itu bukanlah satu masalah kerana kumpulan itu mempunyai kedudukan tunai yang kukuh.

"Rasional utama pembelian tanah itu ialah untuk mempercepatkan program peluasan perniagaan runcitnya melalui pembukaan pusat beli belah dan cawangan baharu," katanya.

Aeon menandatangani perjanjian pembangunan dan jual beli dengan Lebar Daun Development Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi sebidang tanah di Bandar Shah Alam.

Kenanga mengekalkan saranan 'underperform' ke atas syarikat itu pada harga sasaran RM11.30.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger