Selamat Datang di Budak Conan

Kementerian Belia Dan Sukan Lancar Bantuan Pasca Banjir

Sunday, 30 December 20120 comments



KEMAMAN -- Kementerian Belia dan Sukan Sabtu menggerakkan Program Belia 1Malaysia Pasca Banjir bagi membantu penduduk selepas menghadapi banjir.

Program peringkat kebangsaan ini dilancarkan oleh Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Sekolah Kebangsaan Geliga di sini dengan sasaran penglibatan 3,000 belia di seluruh negara.

Beliau kemudiannya bersama lebih 100 orang sukarelawan termasuk dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Skuad Sayang Wanita Umno bergerak bersama pelbagai peralatan untuk membersih rumah penduduk di sekitar bandar Chukai, sebelum mengunjungi kawasan lain.

Tinjauan Bernama mendapati pelbagai peralatan dan perkakas rumah seperti peralatan elektrik, perabot serta lain-lainya yang rosak akibat ditenggelami air bergelimpangan di hadapan rumah penduduk dan memerlukan bantuan untuk dibersihkan segera.

Seorang penduduk, Noraizan Endut, 50, di Kampung Pengkalan Pandan berterima kasih dengan bantuan anggota sukarelawan tersebut kerana banjir banyak merosakkan barangan berharganya.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger