Selamat Datang di Budak Conan

Komuter Beroperasi 24 Jam Sempena Sambutan Tahun Baru

Sunday 30 December 20120 comments



KUALA LUMPUR -- Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan beroperasi mulai 6 pagi pada 31 Dis sehingga 6 pagi keesokannya sempena sambutan Tahun Baru 2013.

Pengarah Urusan Perkhidmatan Komuter KTMB Mohd Hider Yusoff berkata lanjutan masa itu bertujuan memudahkan perjalanan pulang orang ramai yang meraikan sambutan itu.

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, KTMB melanjutkan operasi komuter sehingga 2 pagi. Bagaimanapun, kita dapati masih ada penumpang yang memerlukan perkhidmatan komuter untuk pulang selepas waktu itu," katanya kepada pemberita sebelum majlis Persandingan Pengantin di Stesen Komuter Sentul di sini.

Berikutan lanjutan masa itu, katanya KTMB menambah 48 tren bagi melancarkan perkhidmatan komuter di laluan Sungai Gadut ke Rawang, Rawang ke Sungai Gadut, Batu Caves ke Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Klang ke Batu Caves.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian bebas tol 1-300-88-5862 atau ke stesen KTM Komuter berdekatan.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger