Selamat Datang di Budak Conan

Kedudukan 10 Terbaik Menjalankan Perniagaan Oleh Bank Dunia Boleh Dicapai, Kata Pakar

Sunday 30 December 20120 comments



PETALING JAYA -- Aspirasi Unit Pengurusan Prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU) meletakkan Malaysia dalam senarai 10 negara terbaik dalam senarai mudah menjalankan perniagaan Bank Dunia dalam tempoh setahun, boleh dicapai, kata Perunding Pembangunan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Olin McGill.

"Malaysia kini menduduki ranking ke-12 bagi 2013, namun saya menjangkakan menerusi reformasi yang sudah pun berjalan, kita bukan sekadar bercakap mengenai kedudukan sepuluh terbaik," katanya kepada Bernama pada temu bual susulan perbincangan panel mengenai "Memodenkan Peraturan Perniagaan dalam Petunjuk Menjalankan Perniagaan Bank Dunia" anjuran MPC baru-baru ini.

Beliau berkata Malaysia melakukan perubahan besar dalam urusan perniagaan, yang benar-benar lebih mudah dan murah dalam setiap bidang.

"Pembayaran cukai menduduki ranking ke-15 dan menerusi perubahan kecil, komunikasi yang lebih baik dan perkongsian maklumat, akan membolehkan perniagaan menggunakan maklumat yang sama di pelbagai agensi kerajaan yang berbeza," katanya.

"Pembayaran cukai akan meningkat, lihat sahaja perdagangan merentas sempadan yang sudah menduduki tempat ke-11 berbanding ranking 2012 pada kedudukan ke-29.

"Saya memahami bahawa reformasi penting juga sudah dilakukan dalam pengendalian permit pembinaan yang tidak diperakui sepenuhnya oleh pasukan Menjalankan Perniagaan tahun lepas.

"Cabaran utama ialah menyediakan dokumen kepada Bank Dunia, yang menunjukkan kita sudah membuat perubahan dan perniagaan serta agensi kerajaan menggunakannya, supaya kita dapat mendokumenkan hasilnya," katanya.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger