Selamat Datang di Budak Conan

Pasukan Johor Darul Takzim Belum Tunjuk Kemampuan Sebenar - TMJ

Sunday 30 December 20120 comments

JOHOR BAHARU -- Kegagalan pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang menjuarai kejohanan jemputan empat penjuru Piala Tunku Mahkota Johor semalam tidak menggambarkan kemampuan sebenar pasukan itu.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), kejohanan itu lebih merupakan aksi pemanas badan pra-musim bagi menghadapi Liga Super pada musim depan.

"Ini adalah pra-musim, kami memasukkan beberapa pemain dan menguji formasi baharu. Semalam bukan jawapan. Jawapan lebih memberi gambaran dan ia akan bermula pada 8 Jan 2013 dan sepanjang musim," katanya Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pasukan Johor Darul Takzim dan Johor serta jersi pasukan masing-masing di Plaza Angsana, di sini.

Dalam perlawanan akhir kejohanan empat penjuru itu semalam, pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi pemain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza, tewas 1-2 kepada pasukan Johor.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger