Selamat Datang di Budak Conan

Jambatan Kedua Pulau Pinang Telah 90.02 Peratus Siap - JKSB

Monday 31 December 20120 comments



KUALA LUMPUR -- Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mengumumkan pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara, Jambatan Kedua Pulau Pinang telah 90.02 peratus siap.

Pengarah Urusan JKSB Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dijangka dibuka kepada orang ramai pada 8 September, manakala pembukaan rasmi akan diadakan pada 16 September, iaitu bersamaan dengan 50 tahun penubuhan Malaysia.

"Walau pun berjaya menepati sasaran untuk mencapai tahap 90.02 peratus siap, kami membuat pemantauan projek setiap hari bagi memastikan jambatan ini dapat dibuka kepada orang ramai pada bulan September nanti," katanya dalam kenyataan akhbar pada Isnin.

Pembinaan lebuh raya dan plaza tol dijangka disiapkan sepenuhnya pada 30 Ogos.

Ujian terhadap Jambatan Utama juga akan turut dijalankan pada 30 Ogos.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger