Selamat Datang di Budak Conan

GUNA KERETA MEWAH BOGELKAN SIKAP SEBENAR DAP

Friday 3 January 20140 comments


Pembelian kereta mewah bagi kegunaan rasmi ketua menteri Pulau Pinang pastinya akan menjadi isu panas yang akan membongkarkan topeng kepalsuan dan kepura-puraan pakatan pembangkang.

Ketika penyokong pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru 2014 membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, media pula memaparkan kereta baru jenama Mercedes Benz S300L yang digunakan oleh Lim Guan Eng.

Jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang di bawah Dap, PKR dan Pas dan apa yang disorakkan oleh penyokong pada perhimpunan tersebut adalah amat besar jurangnya.

Pembangkang menyerang kerajaan kononya ia bersikap zalim dan menindas rakyat kerana mengurangkan subsidi minyak, menghapuskan subsidi gula dan sebagainya.

Pembangkang juga menuduh boros dan berbelanja berlebih-lebihan pada perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Realitinya pembangkang sedikit pun tidak mampu membawa sebarang bukti bahawa kerajaan telah bersikap demikian kerana penjelasan yang diberikan membuktikan setiap sen ang dibelanjakan adalah bagi kepentingan rakyat dan negara jua.

Pada masa yang sama pembangkang terkedu apabila

pemimpin mereka sendiri bersikap boros dan tidak memperdulikan nasib rakyat bawahan apabila bermewah-mewah dengan kereta yang jauh daripada kemampuan rakyat biasa.

Ketika pembangkang di Perak satu masa dahulu menggantikan Proton Perdana kepada Toyota Cambry ramai yang mengutuk tindakan mereka yang tidak patriotik dan menghina kereta nasional.

Tetapi apabila kerajaan negeri Terengganu pula membeli 14 kereta Mercedes Benz E300 Kompressor dengan harga RM3.42 juta bagi kegunaan rasmi menteri besar dan exco, bukan main kepalang pembangkang buat bising.

Mereka menuduh pula kerajaan Barisan Nasional boros dan membazir duit rakyat.

Kini segala tuduhan yang mereka lemparkan terhadap kerajaan BN tertempe pada muka mereka sendiri.

Apakah justifikasi Guan Eng untuk membeli kereta mewah itu walaupun pada harga diskaun bilamana beliaulah yang paling banyak buat bising menuduh kerajaan BN membazir, boros dan sebagainya.

Pembangkang sering melaung-laung slogan politik yang berlandaskan perjuangan demi rakyat tetapi di dalam isu ini, di manakah letaknya kepentingan rakyat?

Adakah setelah mendapat kuasa di beberapa negeri, pakatan pembangkang sudah tenggelam dalam nikmat kemewahan hidup yang tidak pernah mereka berpeluang sebelum ini?

Apa jadi dengan slogan 'Merakyatkan Ekonomi', 'Harapan Baru Untuk Rakyat' dan segala tema-tema yang muluk-muluk belaka untuk memikat hati rakyat?

Mungkin penyokong pembangkang terlupa bagaimana ketua pembangkang mengguna jet eksekutif peribadi untuk terbang ke sana dan ke sini berceramah di serata pelusok negara.

Adakah ini kelebihan atau 'perk' dinikmatinya selaku penasihat ekonomi negeri Selangor yang bergaji RM1?

Adakah perbelanjaan perjalanan menggunakan jet mewah ini juga dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri?

Tidak mustahil inilah yang berlaku kerana penasihat ekonomi membuat klaim perjalanan dan kos lain mencecah RM15 juta setahun khabarnya.

Agak ganjil dan pelik mengapa penyokong pembangkang diam membisu tidak menjawab sepatah pun apabila pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang mengkhianati akujanji kepada rakyat.

Rakyat sudah semakin sedar sebenarnya mereka sudah tertipu dengan janji manis pembangkang.

Kelentong pembangkang juga semakin lama mereka memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan semakin terserlah sikap hipokrit yang bertopengkan keadilan sosial, ketelusan dan rakyat.

Rakyat dijadikan landasan untuk naik kuasa dan kemudian rakyat juga yang dihumban ke dalam lembah kehinaan apabila kuasa sudah diperolehi.

Nampaknya cakap tidak serupa bikin sudah sinonim dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, apa yang dijanji depan rakyat tidak serupa apa yang dilakukan setelah kuasa yang diidamkan menjadi milik mereka.

Pembelian kereta mewah oleh Guan Eng adalah tamparan hebat kepada Dap yang kononnya menuduh MCA sebagai parti taukeh dan orang-orang kaya Cina.

Jadi sekrang ini Dap juga tidak banyak bezanya dengan kaum kapitalis yang ditentangnya selama ini.
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger