Selamat Datang di Budak Conan

Sanggup Jalan Kaki selama 314 Hari Untuk Haji..

Thursday 1 August 20130 comments


Seorang warga Bosnia bernama Senad Hadzic, 47, berjaya mengharungi pelbagai cabaran sejauh 5,700 km dalam masa 314 hari dengan merentasi tujuh negara termasuk Syria.

Hadzic turut membawa beg galas seberat 20 kilogram bagi merealisasikan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

"Saya tiba di Syria dan berjalan sejauh 500 km merentasi negara itu dalam tempoh 11 hari. Berikutan konflik meruncing di negara tersebut, saya juga terpaksa melalui pemeriksaan di puluhan pos kawalan keselamatan yang dikawal oleh tentera kerajaan dan pemberontak.

Bagaimanapun, saya tidak pernah ditahan oleh mereka kerana segala urusannya seperti dipermudahkan oleh ALLAH SWT," katanya.

Selain itu, Hadzic terpaksa berhadapan dengan perubahan suhu di beberapa negara.

Menurutnya yang terendah dicatatkan adalah -35 darjah Celsius di Bulgaria, manakala suhu paling panas adalah 44 darjah Celsius di Jordan.

Sebelum tiba di Makkah, beliau terkandas beberapa minggu di Istanbul untuk memperoleh kebenaran bagi merentasi Selat Bosphorus.

Dia juga terpaksa menunggu dua bulan di sempadan Jordan-Arab Saudi untuk mendapatkan visa.

Tu dia na... Dulu2 kita dengar nenek moyang kita pegi ke sana naik kapal layar & kapal pun dah kita rase bukan main susah dan mencabar lagi untuk menunaikan haji, tapi insan nie sanggup buat apa saje & berkorban untuk menunaikan Rukun Islam.. 

Semoga suatu hari nanti, aku juga sampai disana.. InsyaAllah.
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger