Selamat Datang di Budak Conan

Mati Ketika Sujud.. Innalillah. Pemergian Yang Sempurna

Sunday 4 August 20132comments


“Ada jemaah terdengar suara arwah seakan-akan sebak dan dia menarik nafas panjang ketika hendak sujud sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.”

Demikian kata Pengerusi dan juga imam Surau Al-Mujahidin, Bandar Baru Bangi, Mohamad Sukor Atan, 52, ketika menceritakan kematian siak surau itu, Ruslan Ishak, 61, dalam keadaan bersujud ketika menunaikan solat sunat selepas fardu Zuhur, kelmarin.

Gambar kematian Allahyarham dengan pengakhiran yang disifatkan sangat mulia itu mula tersebar melalui laman sosial facebook, petang hari yang sama dan menarik perhatian ramai.


Mohamad Sukor berkata, Allahyarham Ruslan amat disenangi kariah surau dan penduduk setempat kerana sikapnya yang mudah mesra selain gaya penampilan yang sentiasa kemas.

“Secara zahirnya arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan yang cukup sempurna iaitu berpuasa pada bulan Ramadan dan paling bermakna dalam keadaan bersujud ketika solat di surau.

- HMetro

Subhanallah.. Pemergian Allahyarham Ruslan dikatakan  cukup sempurna. Pergi meninggalkan dunia ini di BULAN yang cukup Mulia, di TEMPAT yang cukup Mulia dan dengan PERBUATAN yang cukup Mulia.. 

Pemergian seperti ini pasti menjadi idaman semua insan yang beragama Islam dan disifatkan sebagai Pemergian yang sempurna.. 

Ape2 pun, BC nk ucapkan Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham, semoga Allahyarham dicucuri RahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin..
Share this article :

+ comments + 2 comments

5 August 2013 at 11:08

orang pas nih...

Anonymous
5 August 2013 at 12:10

jangan corner ke politik boleh x?

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger