Selamat Datang di Budak Conan

Alhamdulillah.. Adik Aisyah Telah Ditemui

Monday 5 August 20130 comments


Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.

Seorang wanita yang menghantar Wan Aisyah Wan Exzam ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi Isnin.

Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.

Anak lelakinya terus menghilangkan diri selepas insiden itu.

Kanak-kanak itu dipercayai anak perempuan seorang guru matematik, Arbaiyah Md Zin yang mengajar di Rawang. - Mstar

Tahniah kepada rakan2 Blogger terutama di Facebook yang banyak membantu Cikgu Arbaiyah menemukan semula anak beliau yang diculik. 

Walaupun ada desas desus mengatakan yang melarikan anak beliau itu adalah bapanya namun ia disangkal oleh Cikgu Arbaiyah keran mereka belum ada apa-apa hubungan sebaliknya hanya merancang untuk berkahwin.

BC difahamkan wang tunai sebanyak RM25,000 juga turut lepas dilarikan oleh lelaki terbabit yang dikatakan diberikan oleh mangsa kepada suspek sebagai modal perniagaan.

Sementara itu, ibu Aisyah hanya mengenali suspek hanya baru beberapa minggu melalui Facebook.

Apa-apa pun adik Aisyah dah selamat sekarang. Sebagai pengajaran buat yang lain,jangan mudah percaya kenalan melalui media sosial sebaliknya, selidik dulu lata belakang sebelum perkara buruk terjadi. 
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger