Selamat Datang di Budak Conan

Stopa Ali Tayang Spenda Di Kuala Besut

Saturday 13 July 20130 comments


Hari Pertama Kempen PRK Kuala Besut telah dicemari dengan serangan peribadi oleh pemimpin PAS yangmana peribadinya pun rakyat sendiri tahu.. Tahu dia macam mane. Tak layak pun nak cakap pasal peribadi org.

BESUT: PAS memulakan kempen hari pertama dengan mempertikaikan pemilihan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa bukan anak tempatan.
Malah serangan peribadi terhadap Tengku Zaihan juga membabitkan dakwaan kononnya pemilihannya sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
"Calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat. Ada yang kata beliau tidak dilahirkan dan dibesarkan di sini...cuma keluarganya ada di sini.
"Mengikut sumber juga calon BN ini bukan kehendak masyarakat setempat. Tetapi beliau didatangkan dari pilihan orang Putrajaya," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Sabtu.
Menurut Mustafa, berbanding wakil PAS, Endut @ Azlan Yusor, beliau merupakan calon akar umbi yang menjadi pilihan masyarakat setempat di Kuala Besut.
"Azlan tak pernah pun bercita-cita nak jadi calon pilihan raya. Tapi memandangkan beliau mempunyai kriteria 'calon rakyat', maka kita beri kepercayaan kepadanya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Tengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya. - Mstar

Tindakan pemimpin PAS nie jelas bercanggah dengan kenyataan Calon PAS sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa “Kita semua kawan-kawan dan jika boleh tolak kempen yang bersifat peribadi dan jika ada itu tidak ‘gentleman’. Kita berjuang atas dasar parti, perjuangan PAS dasarnya Islam,”

Dasar Islam kah ini?? Mane 'Gentleman' yang dilaungkan?? ke sekadar Gentleman ala Psy?

SUMBER: Harakah

Yg tak tahan tu, bukan main gah lagi bagitau dia langsung tidak bimbang jika dipergunakan oleh pihak lawan Umno BN. Last.. Last..

Bak kata pepatah, Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang, dia yang lebih..

Memang patut SPR buat PRK bulan puasa, kalu tak, dah mcm2 puak2 PAS nie lebih dari yang nie.

Macam nie ke Rakyat nak pilih jadi wakil rakyat??? Sendiri pikir la..
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger