Selamat Datang di Budak Conan

#PRKKualaBesut : Camne Ek Celup Dakwat Kekal? Jom tengok..

Tuesday 16 July 20130 comments


KUALA BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Khamis ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini, Isnin bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu.

Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

SPR menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh pengundian awal PRK Kuala Besut manakala pengundian biasa ditetapkan pada 24 Julai ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata simulasi itu akan disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan seperti RTM bagi membolehkan pengundi dan parti-parti politikmengetahui tentang kaedah sebenar.

“Ia (simulasi) tidak akan mengambil masa yang lama. Kita akan panggil stesentelevisyen untuk menyiarkan beberapa kali sebelum hari mengundi.

“Selain itu kita (SPR) juga akan letak gambar atau poster kaedah mencelup jari di bilik-bilik mengundi supaya pengundi boleh tengok dan tahu macam mana nak celup,” katanya.

Wan Ahmad berkata SPR perlu memberi gambaran jelas mengenai kaedah mencelup jari sebelum hari pengundian awal kerana jika tidak ia mungkin dijadikan isu oleh pihak yang sentiasa cuba mencari kesalahan suruhanjaya tersebut.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon PAS, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.

Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger