Selamat Datang di Budak Conan

PAS Angkat Bendera Putih, Tiada Harapan Kurangkan Majoriti

Sunday 21 July 20130 comments


PAS Menyerah Kalah, Tiada Harapan Untuk Mengurangkan Majoriti PAS telah menyerah kalah dan tidak lagi berharap untuk memenangi kerusi dun Kuala Besut. Mereka juga merasakan usaha mereka untuk mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sebanyak 2,434 undi merupakan satu usaha yang sia-sia. 

Mengikut kata mereka, tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa majoriti besar yang dimenangi BN boleh dikurangkan apabila terdapat beberapa faktor yang telah menumpaskan mereka sebelum gelanggang pertarungan dibuka. 

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, yang juga Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar telah mengatakan hari pengundian yang berlangsung pada hari Rabu (hari bekerja) sebagai faktor pertama yang akan mengurangkan pengundi luar . Ramai diantara mereka tidak dapat pulang untuk mengundi pada hari Rabu. 

Yang keduanya, kehadiran pengundi tempatan pun tidak lah sebanyak mana kerana ianya adalah hari sabtu, dan juga kerana di dalam bulan Ramadhan. “Walaubagaimanapun, kami tetap akan berusaha, kerana kami masih lagi belum tewas.” Kata Datuk Kamaruddin Jaafar kepada pihak kami. 

PAS sememangnya tertinggal jauh kebelakang berbanding BN, dan dengan hanya 3 hari lagi sebelum hari mengundi, kehadiran ceramah mereka setiap malam tidak lebih daripada 150 orang sahaja. Kecuali Mursyidul Am Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dimana ceramahnya dihadiri 1,000 orang, namun kehadiran itu disebabkan oleh rakyat negeri Kelantan yang hadir dan bukannya pengundi Kuala Besut. 

Bermula dari tiga hari lepas Nik Aziz tidak dapat hadir kerana beliau tidak sihat dan hanya bercakap selama 15 minit diatas pentas. Ucapan beliau telah dihentikan kerana beliau berasa kurang sihat pada malam tersebut. Ketua PAS Terengganu yang merupakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya hadir dua hari selepas kembali dari Umrah, meninggalkan jentera PAS Terengganu tanpa Jeneral di dalam peperangan yang kononya boleh mengubah nasib PAS di Terengganu. 

Parti tersebut sebenarnya telah jauh ketinggalan di belakang pada hari pertama kempen, manakala BN pula melancarkan perang besar-besaran terhadap kawasan DUN. Menteri dan timbalan menteri hadir bertali arus berjumpa dengan pengundi siang dan malam. 

Ceramah pula diadakan secara kelompok dimana, tidak lebih 100 orang dijemput hadir. Penerangan terhadap polisi kerajaan dan apakah bantuan yang boleh diterima oleh rakyat dalam pelbagai sektor diadakan secara berterusan. Manakala majlis-majlis rasmi diadakan setiap hari diwaktu pagi. Ini menunjukkan kuasa dan kesepakatan BN dalam meraih pengundi dikawasan DUN tersebut. 

PAS pula, terlalu lambat untuk menjalankan gerak kerja mereka, ini berlaku kerana PAS Terengganu telah diletakkan sebagai pengemudi kedua, dan PAS Kelantan pula diberikan kuasa penuh kerana wakil mereka dari Kelantan telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya kecil Kuala Besut-Datuk Husam Musa. Kebanyakkan jentera juga berasal dari PAS Kelantan dari Pasir Puteh yang hanya 20 minit dari Kuala Besut. 

Dengan senario sedemikian rupa, Kamaruddin benar dalam mengagak situasi yang dilanda oleh parti beliau di dalam peperangan ini.
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger