Selamat Datang di Budak Conan

GEMPAK! 3 Pantai Malaysia Tersenarai Dalam 50 Pantai Terbaik Dunia

Tuesday, 23 July 20130 comments

TIGA pantai di Malaysia baru-baru ini berjaya tersenarai dalam 50 daripada 100 pantai terbaik dunia, menurut satu kajian yang dijalankan oleh rangkaian berita antarabangsa CNN.

Pantai tersebut ialah:-

Pulau Perhentian Kecil di Terengganu [13]
Pulau Perhentian Kecil menjadi tumpuan kerana airnya yang biru, yang selalunya dapat dilihat penyu dan jerung kecil di dalamnya.


Pantai Juara di Pulau Tioman, Pahang [21] 
Pantai Juara, ia kurang maju dan kurang diberi perhatian berbanding pantai di Thailand, tetapi ia membawa kepada suasana semula jadi dan tenang untuk pengalaman di pantai secara keseluruhannya.

"Ini bukan tempat untuk berparti atau untuk menikmati keriangan malam hari, melainkan jika anda mahu parti berjalan secara senyap dan keriangan malam apa tidak disertai manusia," dipetik dari CNN.


Tanjung Rhu di Langkawi [49]
Kebanyakan pelancong di Langkawi berduyun-duyun pergi ke Pantai Cenang tetapi Tanjung Rhu mempunyai kecantikan secara semula jadi dan suasana tenang.

Pantai yang panjang di Tanjung Rhu dikelilingi oleh gua-gua batu kapur purba, alunan air dan bakau tebal.


Senarai tersebut yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber, mengambil kira maklum balas pelancong, rakan-rakan dan pembaca di samping lawatan dan penyelidikan di tapak kajian, menurut CNN di laman webnya.

Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger