Krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah kian menarik untuk diikuti apabila bekas pemimpin utama MNLF iaitu Nur Misuari semakin berani memperlihatkan sikap permusuhannya dengan negara ini.
Rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu tanpa berselindung telah menuduh Malaysia adalah penjajah di Sabah, satu tuduhan yang jelas bermotifkan niat jahat selain tersirat keinginan Misuari untuk merampas Sabah.
Baru-baru ini media perdana telah mendedahkan perancangan Nur Misuari sekitar tahun 2007 untuk menawan Sabah dalam tempoh beberapa jam. Dan pencerobohan yang berlaku kali ini juga menunjukkan wujudnya kaitan langsung dengan bekas pemimpin MNLF itu.
Itu cukup membuktikan Nur Misuari bukannya seorang rakan sejiran yang baik sebaliknya bekas pemimpin MNLF itu lebih layak digelar sebagai musuh negara yang wajar diperangi.
Menariknya selepas kenyataan Nur Misuari yang memperolokkan Malaysia, tiba-tiba sahaja Ketua Umum PKR mengeluarkan kenyataan seperti bersetuju dengan pandangan rakannya itu apabila menyatakan kesediaannya merundingkan kedudukan Sabah dengan Filipina.
Jika isi rundingan bertujuan untuk membincangkan pasukan pengganas Sulu pro Jamalul Kiram III menyerah diri, tentunya rakyat menyambut baik, tapi bila tujuannya bermaksud merundingkan kedudukan Sabah sesuai dengan tuntutan Filipina dan Jamalul Kiramm III, itu namanya pengkhianatan.
Siapa Anwar dan siapa Misuari? Adakah kedua-duanya rakyat Sabah? Tentu sahaja bukan. Jadi mereka tidak berhak untuk menentukan kedudukan Sabah. Apa lagi yang hendak dirundingkan, sedangkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 telah mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.
Bagi rakyat Sabah isu penjajahan langsung tidak timbul sejak 1963 secara automatik Sabah adalah milik sah Malaysia. Itu kehendak rakyat Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh Anwar dan tidak layak di tukar ganti oleh Nur Misuari.
Malah tuduhan Misuari kononnya Malaysia memperalatkan MILF semata-mata untuk mengekalkan penguasaan ke atas Sabah juga tidak benar sama sekali memandangkan perjanjian damai di antara MILF dengan Kerajaan Filipina sama sekali tidak melibatkan isu mengenai Sabah.
Sekalipun Filipina pernah menuntut kedaulatannya ke atas Sabah konon dengan menggunakan alasan ia milik Kesultanan Sulu, namun perkara ini sudah pun selesai selepas Filipina menggugurkan tuntutannya pada 1989, manakala Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2001 pula berpihak kepada Malaysia.
Berdasarkan rentetan sejarah ini jelas sekali Sabah kekal milik Malaysia dan isu penjajahan langsung tidak timbul. Sebaliknya yang terang-terangan cuba mengganggu ketenteraman di Sabah ialah geng pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang mendapat dukungan Nur Misuari.
Isu yang sepatutnya ditekankan sekarang ialah Misuari dan Jamalul Kiram III telah menceroboh kedaulatan Malaysia, dan mereka adalah musuh negara. Soalnya sekarang kenapa Anwar beria-ia mahu merundingkan kedudukan Sabah dengan musuh negara?
SUMBER: SGB
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.