Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.
Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.
“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.
Turut difahamkan hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu
SUMBER: SGB
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.