Malaysia dan Filipina bersepakat menganggap pencerobohan kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai pengganas.
Persetujuan itu dibuat dalam pertemuan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan Setiausaha Luar Filipina, Albert Fl Del Rosario di sini semalam.
"Malaysia telah membuat keputusan untuk menganggap kumpulan ini sebagai pengganas selepas dengan kejadian tersebut dan dipersetujui oleh Rosario," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, kerajaan Filipina telah memberikan jaminan untuk membawa kumpulan pengganas dari Sulu itu ke muka pengadilan, selain mengenakan tindakan undang-undang yang keras.
SUMBER: UTUSAN
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.