[KRISIS LAHAD DATU] Najib Sedih Komando Terkorban
Saturday, 2 March 20130 comments
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan perasaan sedih dengan kematian dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (VAT 69) dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah Jumaat.
Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman Twitternya malam ini.
"Saya turut berasa sedih di atas terkorbannya dua anggota VAT 69 Polis di Lahad Datu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya (mereka berdua). Al-Fatihah," katanya.
Kejadian kira-kira 10 pagi itu menyaksikan dua anggota komando polis berkenaan terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata terbabit turut maut.
Ia turut mencederakan tiga lagi anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.
- BERNAMA
Labels:
Isu Hangat,
Lahad Datu
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.