Selamat Datang di Budak Conan

Tabung Usahawan Siswazah

Monday 14 January 20130 comments




Kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta di dalam Rancangan Malaysia ke-9 untuk Tabung Usahawan Siswazah [TUS].

Peruntukan tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

SME Bank telah berjaya melahirkan Usahawan Siswazah yang berjaya menyumbangkan pendapatan diri melalui perniagaan dan meningkatkan enjin pertumbuhan negara.

Dana ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang telah mempunyai perniagaan sedia ada.


.: Ciri – Ciri TUS

  • Pembiayaan dari RM20,000 hingga RM500,000
  • Pembiayaan sehingga RM750,000 boleh diberi bagi pengambilan-alihan syarikat sahaja (untuk pembiayaan aset tetap sahaja)
  • Kadar keuntungan (tokokan) 4% setahun baki bulanan

.: Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya memiliki Diploma yang diiktiraf MQA
  • Menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahun
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun

.: Jaminan

  • Tiada Penjamin; Bagi pembiayaan bangunan/ premis perniagaan
  •  Untuk pembiayaan sehingga RM100,000
  • Penjamin; Bagi pembiayaan melebihi RM100,000, penjamin hanya menjamin sebanyak 20% daripada bahagian pembiayaan yang melebihi RM100,000 sahaja

.: Lain-Lain Maklumat TUS 

  • Maksimum tempoh pembiayaan TUS diberikan sehingga 10 tahun atau sehingga 20 tahun (untuk bangunan/premis perniagaan sahaja)
  • Tempoh pernafasan juga boleh dipertimbangkan sehingga maksimum 48 bulan
  • Pembiayaan maksimum boleh diberikan sehingga 100% bagi pembiayaan kurang dari RM100,000 dan 90% bagi pembiayaan melebihi RM100,000
  • Firma perseorangan, perkongsian dan syarikat Sdn Bhd boleh memohon TUS
  • Semua jenis perniagaan adalah dibenarkan kecuali pelaburan hartanah dan industri Primary Agriculture


< Cara Untuk Memohon Tabung Usahawan Siswazah >

Bagi pemohon yang telah berniaga dan beroperasi melebihi dua tahun tidak perlu menghadiri kursus anjuran INSKEN dan proses penapisan (screening) di INSKEN.

Pemohon boleh mengemukakan Rancangan Perniagaan kepada cawangan SME Bank yang berhampiran dengan projek.

Bagi pemohon yang tiada pengalaman dalam perniagaan, pemohon diminta hadir kursus anjuran INSKEN.

Pendaftaran kursus boleh dibuat secara online www.insken.gov.my atau menghubungi INSKEN, Pn Arni / Pn Nurashikin ditalian :03-88805162/5195/5171

Setelah menghadiri kursus, pemohon diminta mengemukakan 5 salinan Rancangan Perniagaan kepada pihak INSKEN.

Proses penapisan (screening) akan dianjurkan oleh pihak INSKEN dan pemohon diminta membuat pembentangan Rancangan Perniagaan. (Pemohon yang beroperasi di Sabah/Sarawak diberikan pengecualian daripada menghadiri proses penapisan (screening) di INSKEN.

Sekiranya Rancangan Perniagaan memenuhi syarat Dana, kertas cadangan Rancangan Perniagaan akan dimajukan kepada cawangan berdekatan projek.

Cawangan akan menilai permohonan dan memberi maklumbalas dalam tempoh terdekat.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH KE SINI

Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger