Selamat Datang di Budak Conan

Pemimpin PAS Salah Guna AP Untuk Kroni & Anak Beranak??

Saturday, 26 January 20131comments


Dek kerana pendedahan oleh blogger tentang pemilikan kereta mewah berjenama Porshe yang bernilai RM300k ++, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin akhirnya terpaksa tampil ke hadapan bagi menjawab segala pendedahan tersebut.

Berdasarkan kepada berita yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, akhbar pujaan Pakatan Rakyat yang bertompengkan Akhbar Neutral kononnya menyiarkan tentang kesahihan pendedahan tersebut.


Hashim Jasin mengakui kereta tersebut adalah atas nama beliau namun menafikan kereta tersebut adalah milik beliau sebalik ianya dimiliki oleh anak beliau. Tegas beliau kereta tersebut dibeli oleh anak beliau namun menggunakan AP milik beliau yang diperuntukkan sebagai wakil rakyat.

Jelas sekali disitu AP milik beliau telah disalahgunakan untuk kepentingan anak beranak. Cuba kalu kes nie pemiliknya orang UMNO,BC pasti satu dunia depa nak hebohkan. Tindakan ini jelas tidak beretika dan ianya boleh dikategorikan sebagai mengalibabakan lesen / permit tersebut.

Kalau anak si Hashim nie dah kaya,kenapa nak guna permit milik bapak dia? Gunalah dengan nama sendiri.. AP kereta yang diperuntukkan untuk wakil rakyat adalah untuk kegunaan wakil rakyat itu sendiri. Tak seharusnya digunakan untuk kepentingan orang lain.

Penyalahgunaan ini jelas melambangkan integriti pemimpin PAS itu sendiri. Kita lihat nanti pasti cacai & blogger pro pakatan akan cuba menutup hal ini.. Yang pasti tindakan memberikan AP milik beliau kepada anak beranak adalah tidak beretika sama sekali.
Share this article :

+ comments + 1 comments

27 January 2013 at 12:13

Salamni entry untuk awak. thanks sebab sudi jadi follower saya. http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/01/followers-mingguan-6.html

kalau sudi mohon like page ni ye :) https://www.facebook.com/IstilahMinda

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger