iPad Generasi ke-4 Diperkenal
Wednesday, 30 January 20130 comments
Apple hari ini telah mengumumkan iPad Generasi Ke-4 dengan storan 128Gb. Sebelum ini, iPad dengan paparan Retina Display ini hanya dikeluarkan dengan storan berkapasiti 16Gb, 32Gb dan 64Gb sahaja. Dengan pengenalan versi baru dengan storan dalaman 128Gb, pengguna yang inginkan storan tambahan pasti akan menghargainya.
Seperti yang kita sedia maklum, peranti mudah alih Apple sama ada iPhone, iPod, iPad atau iPad Mini tidak menawarkan slot kad storan luaran tambahan seperti slot microSD yang membolehkan pengguna membuat penambahan storan sekiranya tidak mencukupi. Oleh itu, pengguna Apple bergantung sepenuhnya kepada storan dalaman yang tersedia dan mungkin menggunakan alternatif storan atas talian.
Harga bagi iPad Generasi Ke-4 WiFi (128Gb) adalah AS$ 799 (RM 2,430) manakala harga iPad Generasi Ke-4 WiFi+3G (128Gb) pula adalah AS$ 929 (RM 2,825). Kedua-dua versi baru iPad tersebut akan mula dipasarkan pada 5 Februari di beberapa buah negara terlebih dahulu. Buat masa ini, kami tidak pasti bila ia akan memasuki pasaran Malaysia.
Spesifikasi bagi versi iPad tersebut adalah sama seperti versi sebelum ini iaitu ia dilengkapi dengan pemprosesan dual-core A6X, skrin bersaiz 9.7 inci dengan resolusi 2048 x 1536 piksel, hanya senipis 9.4mm dan kamera 5MP.
SUMBER: Cnet
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.