Nicol Buka Langkah Kanan Dalam Siri Dunia Akhir 2013
Thursday, 3 January 20130 comments
KUALA LUMPUR -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol David melepasi halangan pertama Siri Dunia Akhir 2013 apabila menang mudah dalam perlawanan kumpulan di London, hari Rabu.
Pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-7, 11-4 dalam perlawanan pertamanya dalam Kumpulan A di The Queens Club.
Perlawanan pada kejohanan itu ditentukan dalam tiga set.
Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Laura Massaro dari England mengatasi Natalie Grinham dari Belanda 11-8, 11-8.
Nicol akan menentang Massaro dalam perlawanan kedua kumpulan esok.
Pada perlawanan Kumpulan B, empat pemain akan bertarung sesama sendiri iaitu Raneem El Weleily, Nour El Sherbini, kedua-dua dari Mesir, Jenny Duncalf (England) dan pemain Perancis, Camille Serme.
SUMBER
Post a Comment
Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.