Selamat Datang di Budak Conan

Chelsea Kecundang Di Kaki Wright-Phillips

Thursday 3 January 20130 comments



Shaun Wright-Phillips, yang telah menggantikan Junior Hoilett akibat kecederaan, menjaringkan gol sulung pada minit ke 78 ke kelab yang beliau telah meninggalkan pada tahun 2008.

Ia juga merupakan gol kedua Wright-Phillips pada musim ini.Pasukan Rangers telah mempertahankan gawang dengan baik dan telah mencipta banyak peluang dalam babak kedua.

Kemenangan itu amat penting dan telah mengakhiri rekod kekalahan dalam tiga perlawanan sebelum ini. Pasukan Harry Redknapp kini telah menang dua perlawanan sejak beliau mengambil alih bulan lepas.

Walaupun QPR masih kekal di tangga terakhir kedudukan liga, ia jelas yang kemenangan ini telah memberi mereka lebih semangat untuk mengharungi cabaran musim ini.

Pengurus Chelsea Rafael Benitez telah meletakkan Ramires, Juan Mata, Eden Hazard di bangku simpanan dan pasukan Blues telah menguasai detik pembukaan.

Marko Marin telah diberi penampilan pertama dalam kesebelasan utama dan bernasib baik tidak dilayangkan kad merah apabila memberi asakan yang bahaya kepada Stephane Mbia pada minit keempat.
Oscar kemudian merampas bola dari Mbia tetapi hantaran beliau kepada Fernando Torres tidak cukup kuat.

QPR mengalami masalah apabila Hoilett terpaksa digantikan pada minit ke 16 akibat kecederaan hamstring dan Wright-Phillips dimasukkan.

Percubaan David Luiz kemudian tersasar sementara Marin terlepas kawalan bola setelah Branislav Ivanovic menggelecek masuk ke dalam kotak dan memberi hantaran baik.

Torres juga gagal mengawal bola dan pasukan pelawat melancarkan gerakan hasil usaha Esteban Granero tetapi rembatan Wright-Phillips dari jauh tersasar.

QPR gagal menguasai kawalan bola hingga minit ke 35 dimana pasukan Blues sering hilang kawalan bola.
Moses kemudian mensia-siakan hantaran Marin tiga minit selepas masa rehat walaupun berada hanya 6 meter dari gawang.

Gawang QPR menjadi mangsa serangan bertubi-tubi Chelsea dan percubaan Luiz terkena tiang sebelum penjaga gol Julio Cesar membuat halangan baik dari rembatan Torres.

Taarabt dan Wright-Phillips telah bergabung dengan baik sebelum memberi bola kepada Granero tetapi sepakan pemain Sepanyol itu ditangkap oleh penjaga gol Ross Turnbull, yang menggantikan Petr Cech.

Permainan QPR kini semakin meningkat dan mereka akhirnya membolosi gawang lawan dari tendangan sudut. Taarabt telah memberi hantaran tepat kepada Wright-Phillips dan beliau terus melepaskan rembatan kencang yang menjadikan keputusan 1-0.

SUMBER
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger