Selamat Datang di Budak Conan

Gempar! Kabinet Idaman Pakatan Rakyat Didedahkan

Tuesday, 8 January 20130 comments

Setelah didesak oleh pelbagai pihak sebelum nie. Pakatan Rakyat masih lagi belum mampu atau gagah untuk menayangkan kepada umum barisan kabinet bayangannya sekiranya mereka menang majoriti PRU13 nie.

Walaupun kite ketahui untuk mereka menang majoriti pada PRU13 adalah ibarat angan2 mat jenin je, tapi desakan kepada Pakatan itu adalah disebabkan umumnya mengetahui tiada individu yang layak untuk membarisi kepimpinan mereka waima bayangan je pun.. 

Satu Page Facebook ditubuhkan oleh Pro Pakatan Rakyat mendedahkan barisan kabinet 'idaman' mereka. Sekali pandang, BC tak terkejut pun dengan barisan kabinet 'idaman' Pakatan Rakyat nie sbb BC dah tahu hal nie akan terjadi.



Pertamanya, sudah pasti Anwar Ibrahim sbg PM Kayangan mereka. Ini memang tak boleh nak dipertikaikan lagi sebab memang matlamat dia nak jadi PM pun. Malah sebab utama perjuangannya sehingga ke hari nie pun,ini lah 'goal' nyer.. 

Kite lihat plak secara keseluruhan.. sebanyak 10 Jawatan kabinet yg dipertandingkan, Hanya 2 Kementerian diketuai oleh PAS manakala selebuhnya iaitu 8 Ketua Kabinet iaitu Menteri adalah dari Parti DAP. Wakil Dari PKR dalam Kementerian tak der ke?? Tak ade sorang pun yang layak ke??

Walapun barisan kabinet ini adalah barisan kabinet 'idaman' penyokong pakatan rakyat, namun hakikatnya kita dapat melihat dengan jelas bagaimana DAP menguasai pemerintahan negara sekiranya PR berjaya menjajah Putrajaya kelak.

Hari ke hari puak Pakatan Rakyat menjaja kempen 'Road To Putrajaya', kini muslihat disebaliknya semakin terserlah. Adakah kita mahu negara kita dikuasai oleh Parti Adik kepada PAP?? Fikirkan lah.. 

Kita harus ingat,negara kita bukan untuk dibuat bahan ujikaji. BC pernah dengar kata-kata sahabat BC, dia nie pro pembangkang beb! Dia kata bagi la peluang dulu kat PR,kite tgk mcm mane,kalu tak ok,tukar la balik. ish ish ish... Bukan tak nak bagi peluang Bro tapi mase depan negara bukan untuk diperjudikan.

Semalam, mereka menuduh SPR tidak telus.
Hari Nie, DAP buat pengundian tidak betul didalam parti mereka sendiri.
Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus... 
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger