Selamat Datang di Budak Conan

Ape Hj Hadi Nak Jawap?

Wednesday 2 January 20130 comments

Beberapa hari yang lepas Hj Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau meminta untuk diberikan peluang dan ruang di RTM, TV1 & TV3 bagi memberikan penjelasan berhubung amanat beliau yang cukup kontroversi itu pada 30 tahun yang lepas.


Lantaran dari 'Amanat Hj Hadi' yang banyak membawa perpecahan umat islam di negara ini. Disebabkan amanat nie lah, berlakunya solat jumaat 2 imam dalam satu masjid, cerai kahwin semula dan paling mengejutkan,perkara nie berlaku..


Banyak lagi perkara yang berlaku kita tahu dan kita tak tahu. Sehubungan itu,satu Fatwa telah diwartakan bagi mengesahkan dan menghalang lebih banyak perpecahan berlaku.


Lantaran kini timbul pelbagai pihak yang mendesak Hj Hadi Awang menarik balik amanat beliau serta memohon maaf kepada semua umat islam di negara nie. Yang menarik perhatian BC bila ade suara2 pro PAS mengatakan mengapa perkara nie baru timbul? mengapa baru kali nie diketengahkan?

Hal nie menarik BC untuk memberikan pendapat kepada suara2 terbabit. Kenapa tak tanya Hj Hadi Awang, selama 30 tahun mempertahankan amanat haram itu, kenapa Hj Hadi Awang tiada rase bersalah waima sebesar kuman atau zarah sekalipun apabila menyebabkan perpecahan tesebut? Adekah Hj Hadi takder inisiatif sendiri untuk memperbetulkan keadaan sekiranya benar beliau memperjuangkan islam selama nie..

Apa yang kita lihat, Hj Hadi lebih berdiam diri apabila berlaku perpecahan dikalangan umat islam. Adakah ini perjuangan islam yg sebenar? Kenapa Hj Hadi lebih pentingkan politik berbanding penyatuan sesama islam?

Oleh itu, Hj Hadi Awang, jawaplah persoalan ini..


Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger