Selamat Datang di Budak Conan

Zambry Dakwa Nizar Lulus Komponen Balak Tanpa Melalui Mesyuarat Jawatan Kuasa Balak

Saturday, 22 December 20120 comments


IPOH -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Jumaat mendakwa Datuk Seri Nizar Jamaludin meluluskan komponen balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.

Zambry mendakwa Mohamad Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.

"Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan.

"Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) yang tidak berpuas hati kemudian bangun dan meminta Zambry menunjukkan bukti dakwaan itu.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger