Selamat Datang di Budak Conan

Peserta Mogok Lapar Mengaku Makan

Monday 31 December 20120 comments




KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada kumpulan 18 ‘pejuang alam sekitar sejati’ yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi (semalam) yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah. Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.
Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan. Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu. Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai ‘aktiviti makan diam-diam’ seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen ‘sepatutnya lapar’ tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam. Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini. Mogok ‘sepatutnya lapar’ berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH). -MyNewsHub



.: Budak Conan (BC) :
Korang kena tgk kronologi penuh + gambar pendedahan oleh MyNewsHub. Kantoi beb! puak2 peserta mogok lapar nie. Jom > KLIK SINI

BC kemudian saje2 lepak kat Facebook, jumpe la ade peserta mogok lapar nie.. (ppssttt mogok la sgt). Brader nie mengaku terang-terang yang dia memang makan.

Kate mogok lapar tapi makan. Ape cerita brader??



BC rasakan, ramai peserta mogok nie mcm brader nie. Datang kononnya nak support je. Bukan berlapar pun. Ko support aku,aku support ko.. Lebih kurang mcm tu la prinsip diaorg nie. Last2 hakikatnya tak ade sape pun yang betul2 berlapar.. hahaha.

Kalau dah bermotifkan politik,mcm nie la jadinyer.

Pssttt,bro tengah hari nie lauk ape plak korang nak balun? hahaha

Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger