Selamat Datang di Budak Conan

Penetapan Harga Maksimum Pastikan Rebat Telefon Sampai Kepada Golongan Sasar

Monday 31 December 20120 comments



KUALA LUMPUR -- Pemberian rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500 untuk belia yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak sepatutnya menimbulkan keresahan di kalangan mereka.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), ini kerana objektif pakej itu ialah untuk membantu golongan belia yang kurang berkemampuan mendapatkan akses internet kelajuan tinggi 3G.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 (dan lebih) sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau sebagai sasaran (pakej ini)," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi ketika mengumumkan syarat pakej itu Selasa lepas.

Ini jelas menunjukkan bahawa hasrat kerajaan hendak memastikan rebat yang diberikan itu sampai kepada golongan sasaran, iaitu para belia yang tidak mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500.

Penetapan harga maksimum RM500 disokong oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang berpendapat mereka yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlu memohon supaya peluang terbuka kepada belia lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang belia di bawah tawaran pakej itu.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger