Selamat Datang di Budak Conan

Sukarelawan UMT Siap Sedia Bantu Mangsa Banjir Di Terengganu

Monday 31 December 20120 comments



KUALA TERENGGANU -- Skuad Sukarelawan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersiap sedia membantu membersihkan rumah mangsa banjir di sekitar negeri itu dalam usaha meringankan mereka yang dilanda bencana.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Dr Yahaya Ibrahim berkata skuad sukarelawan universiti itu telah membantu mangsa banjir di Kampung Padang Bual, Besut dan di perumahan Tanjung Damai dekat Gong Badak di sini.

"Skuad ini yang disertai 47 anggota dari beberapa badan beruniform UMT telah membantu membersihkan 15 rumah mangsa banjir di Besut Khamis lalu manakala di Tanjung Damai pula, seramai 40 anggota skuad itu membersihkan 20 rumah yang terjejas.

"Ini adalah sebahagian usaha pelajar dan petugas UMT untuk menabur bakti kepada masyarakat sebagai tanda keprihatinan kami kepada mangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UMT kali kedua di sini Isnin.

Katanya UMT akan terus membantu mangsa dan bersedia untuk menawarkan khidmat untuk menghadapi banjir gelombang kedua yang mula melanda Terengganu hari ini.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Penafian - Budak Conan tidak akan bertanggungjawab atas segala komen2 pelawat. Setiap komen adalah dari peribadi individu terbabit dan tak ada kena mengena dengan Budak Conan. Walaubagaimanapun sebarang komen yang mendapat bahtahan dari pelawat lain, Budak Conan akan pertimbangkan delete komen terbabit demi menjaga keharmonian pelawat secara keseluruhannya terutama komen lucah & iklan.

 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea
Copyright © 2013. Budak Conan - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger